Beringat-ingatlah!
Islam tak pernah menghalang kita untuk bergembira, tersenyum serta ketawa.
ingat setiap kita lakukan, mesti ada batasnya.
Tak salah untuk bergembira jika tahu menjaga batasnya.
Syah nie belum cukup makan garam lagi dekat dunia nie,
cuma ingin Berkongsi, kerana ia pernh berlaku
Bawa-bawa BERINGAT lah,
Ketika Susah, Ketika Sakit, Ketika Miskin?
Siapa yang tahu? isi hati kita.
Siapa mahu meminjamkan telinganya mendegar rintihan Hati kita?
Siapakah yang sudi membantu kita dalam diam, tanpa balasan?
Ketika Sakit, apa yang kamu sebutkan?
"Ya, ALLAH.. sakit nya ____."
Ketika Susah.
"Ya, ALLAH. kenapa sungguh sukar____. Bantuku Ya, ALLAH"
Ketika Miskin.
"mana aku ingin mencari duit, Ya ALLAH,"
Lalu kita dibantu oleh yang Maha Esa!
Apa yang kamu katakan setelah itu?
"yes, aku daa sihat. esok kita pergi jalan. Jom"
"jom kita raikan Kejayaan, aku belanja"
"Syarikat semakin maju. apa saja kamu mahu, akan aku belikan"
Mana?
Mana kata-kata syukur kamu? mana perginya rayuan mu?
mana ucapan Kasih mu?
Raikan lah kegembiraan kamu dengan-Nya.
walau ia hanya sekadar ucapan
"Syukur, Alhamdulillah"
Bukan hanya Kesedihan dan Keperitan sahaja
kita kongsikan
dengan-Nya
malah Kegembiraan yang kita rasai,
walau ALLAH sudah menggetahui
apa yang cuba kita
Sampaikan..
Doa.
Tidak semua doa kita diperkenankan.
Kenapa?
sebenarnya ALLAH telah menentukan sesuatu itu untuk kita,
yang jauh lebih indah dan mempunyai sebab tersendiri,
jangan kita menindakkan takdir,
kerana kita seolah-olah tidak menerima aturan-Nya.
Tetapi jika kamu sungguh mahukan sesuatu,
jangan pernah putus berdoa terhadap-Nya
apa yang kamu inginkan.
Malah, ada juga Doa yang ALLAH tunaikan,
walau kesudahannya adalah sia-sia.
Itu bukan tanda ALLAH mengabaikan kita 'atau'
membencikan kita. Ia sebenarnya
ujian yang dipanggil....
DUGAAN
Cuba lah bawa bertenang dengan apa yang datang
menimpa diri kita.
ALLAH menguji dan menduga kita untuk mengetahui,
bertapa Tabah dan Kuat hati seseorang hambanya itu,
bukan beri kehidupan yang malang
terhadap kita tetapi
Cabaran buat
kita.
Jika kamu bukan tergolong orang-orang yang Bijak dan yang Berjaya
maka, jadilah orang-orang yang Beriman
dengan penuh kasih sayang!
Jikalau kamu pula adalah kalangan orang-orang yang Bijak dan Berjaya
maka janganlah kamu,
memandang rendah terhadap mereka yang susah
dan berbangga dengan apa yang kamu miliki kini kerana
apa yang kamu miliki Dulu dan kini,
bukan lah milikmu
Selamanya..
Maaf
Ialah senjata dan Penawar
yang paling hebat
dan berkesan!
Maafkan Syah,
jika ada yang terasa hati atau tersinggung
dengan apa yang cuba Syah sampaikan.
Ya, Syah hanya seorang gadis
yang masih berusia
15 tahun.
Cuma tidak salahkan kalau,
Syah hanya ingin
Berkongsi pendapat.
Terima Kasih,
kerana meluangkan masa
15 minit kamu
untuk baca kata-kata semangat
yang masih kurang
isinya.
Assalamualaikum, Selamat Malam.